Kopi oh Kopi….

Assalamu’alaikum semua.

Saya doakan semoga reader semua sentiasa dalam lindungan rahmat kasih sayang oleh Yang Maha Esa.

Time mengopi ni, tetiba nak share pulak kopi feveret saya sekarang ni. Takde la punya citarasa bangsawan macam Sturbacks atau San Francisco Coffee tu. Apa orang kata, biashe biashe je. 🀩

Sesungguhnya tak terhingga rasanya nikmat kurniaan Allah bila dapat hirup Kopi O kaw pada waktu yang diinginkan oleh tekak ni. 🀣

Siapa yang tak kenal kopi 434 Muar kan? Kalau kawan ofis balik ke Johor, mesti saya kirim. Baru-baru ni, 2 botol terus dia tolong borongkan untuk saya. Mandi kopi la gamaknya ni.πŸ˜†

Tu dia… Amik ko 🀭

Minggu lepas pulak, tetiba terscroll kopi Cap Televesyen lak. Sajer la update kat WhatsApp status, rupanya jiran saya kebetulan ada di Kluang. Tempat kelahiran kopi cap TV ni. Dah sah-sah la tak lepaskan peluang order lagi… Hahahaha…

Kalau nak tau, kopi Cap Televisyen ni kopi pilihan Timbalan Ketua Polis Negara. Harga mampu milik tapi menjadi kesukaan manusia sejagat.

Nak tengok ghupe kopi ni cam mana?

Gitu ler ghupernya. Ni pun sama, sekotak kasi borong 🀩

Rasa kopi mana yang best?

Hmmmm, sebagai penggemar kopi… Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Cuma apa yang penting bagi saya, kedua-duanya telah memikat hati saya. Chia chia chia…😊

Oh, ya… Cara bancuhan kopi O saya memang sangat simple. Kopi O kosong panas-panas je. Senang kan☺

Itu saja perkongsian saya pasal kopi kali ni. Siapa yang nak order, boleh roger ahkak ya. 😘

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: