Dating di penghujung Jun 2020

Bila saya dan suami masing-masing dah mula sibuk dengan tugasan di office, masa yang diluangkan bersama memang sikit je itupun bila dah malam menjelma dan untuk rehat je.

Semalam saya ajak suami dating makan mee tarik. Teringin pulak tekak ni makan yang panas-panas dan berkuah, apatah lagi letak sambal merah menyala.

Mee tarik ni memang best dan free flow air.

Kalau nak tau, tujuan sebenarnya dating ni nak pi makan durian. Tapi penuhkan perut dulu, nanti takde la nak melantak durian tu banyak sangat kan. 🤭

Lokasi durian yang dituju seterusnya terletak di Presint 14. Tempat ni memang di kawasan lapang dan bersebelahan dengan kawasan food truck. Meriah la bila mai kat sini.

Pilihan durian yang disediakan, macam-macam nama la pulak sekarang ni😅

Tanpa buang masa, 2 biji durian menjadi sajian kami seterusnya. Memang power la. Ulas bijinya pun kecik sangat, tu maknanya isi durian tu memang banyak la.

XO vs Raja Kunyit
Tu dia, punyalah ciput biji durian Raja Kunyit ni. Puas hati tul.
Khusyuk benau tu Abang makan durian. Tangan kiri tak lepas dengan hp lak 🤦‍♀️

Dua biji durian ni pun dah cukup kenyang. Tektik makan mee tarik dulu tadi memang buat kami larat makan 2 biji ni saja.😅

Nama pun dating kan, anak-anak yang behave kat rumah tu kita tapaukan untuk mereka siap-siap. Kami masih tak berani nak bawa anak-anak keluar sajer-sajer.

Kalau nak tau jugak, anak-anak saya semuanya ni ‘hantu durian’. Memang tak cukup kalau 2 ulas sorang je.

Sebekas kasih sayang mommy bekalkan untuk anak-anak ya. 🥰

Bagi mereka yang nak pi sini, lokasi adalah di dataran sebelah kawasan food truck Presint 14.

Masa beroperasi : 10.00 pagi – 12.00 tengah malam. Tokey tu bagitau, kalau weekend, pukul 8.00 pagi pun ada yang dah tunggu. 😂

Itu saja perkongsian saya pasal musim durian ala-ala pkp ni. Jumpa lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: